in

Masak Yee Mee Goreng Lada Hitam Macam PRO!

Kebiasaanya, Yee Mee akan dihidang cara sizzling atau berkuah. Tapi untuk resipi kali ini, Chef Lin akan kongsikan resipi Yee Mee versi goreng. Tambahan pula, dengan menggunakan AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa daripada Ajinomoto, masakan pasti bertambah sedap.

 

Cadangan hidangan: 4-5 orang

Bahan-bahan:
200 g Isi ayam, dipotong
2 sudu kecil AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa
4 sudu besar Minyak masak
3 ulas Bawang putih
5 biji Cendawan butang, dihiris
1 ½ cawan Air
2 sudu kecil Kicap manis
200 g Yee mee
2 batang Daun bawang, dipotong dadu

Cara menyediakan:
1. Gaulkan isi ayam dengan 1 sudu kecil AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa.
2. Panaskan minyak masak, tumis bawang putih sehingga keperangan.
3. Masukkan ayam dan gorengkan sehingga separuh masak.
4. Masukkan cendawan butang.
5. Masukkan air dan perasakan dengan 1 sudu kecil AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa dan kicap manis, gaul sebati.
6. Masukkan yee mee dan biarkan air mendidih. Tutup kuali sehingga mee lembut.
7. Taburkan daun bawang, kacau dan sedia hidangkan.

Jom dapatkan barangan dapur yang BERKUALITI di – https://shop.icookasia.com/

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0