in ,

Masakan Ikan Merah Berlado Yang Pedas Berapi Sampai Berair Mata. Sekali Makan, Mesti Nak Tambah.

Rakyat Malaysia ini memang tidak boleh lepas dari masakan yang pedas. Kalau makanan tak pedas, rasa tidak lengkap betul. Paling tidak pun, mesti cari Sambal Belacan. Betul tak?

Baik, untuk anda yang gila makanan pedas. Disini Admin kongsikan resepi yang mampu buat anda semua keluar air mata sebab kepedasan yang amat. Ha, amacam? Ada berani nak cabar tahap kepedasan ini? 

Terima kasih Junainah Borhan untuk perkongsian resipi Ikan Merah Berlado Hitam ini 🙂

Bahan bahan:

Ikan merah (digoreng)

Cili padi

Cili besar 

Bawang merah

Bawang putih

Serai (diketuk)

Tomato (dipotong)

Kicap

Sos cili

Sos tiram

Cara memasak:

  1. Blend kesemua bahan. Kemudian tumis hingga garing. Jangan lupa masukkan serai juga.
  2. Masukkan kicap, sos cili, sos tiram. Kacau seketika.
  3. Masukkan garam dan gula. Masuk ikan dan tomato.

 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Junainah Borhan (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0