fbpx

Masukkan Budu Dalam Masakan. Ini Rahsia Untuk Buat Ayam Singgang Kelantan Lebih Enak.

iCookAsia

Masakan Ayam Singgang ini mudah sahaja. Macam masak masakan yang lain seperti Sup Ayam. Jadi perkongsian resepi daripada seorang pengguna Facebook ini sempoi sahaja. Cara memasak pula, campak-campak sahaja. 

Kemudian, beliau pun ada pesanan: “Dalam setiap masakan pastikan lebihkan bawang merah dari bawang putih untuk menambahkan kesedapan dalam setiap masakan.”

Terima kasih Myra Edora untuk perkongsian resipi Ayam Singgang ini 🙂

 

Bahan-bahan:

Bawang merah

Bawang putih

Halia

Lengkuas

Serai (ditumbuk)

Rempah ketumbar (ditumbuk)

Lada kering

Lada burung

Asam keping

Garam 

Gula

Budu 

Cara membuat:

1. Masukkan kesemua bahan dan gaul bersama budu. Gaul bagi rata.

2. Masukkan bahan selebihnya, garam, gula dan lada.

3. Masukkan air dan rebus hingga ayam masak.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Myra Edora (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x