fbpx

Mee Celup Siam, Sedap Terangkat Sampai Licin Mangkuk.

iCookAsia

Mee Celup Siam merupakan hidangan popular di sekitar Kelantan dan Thailand, dan apa yang pastinya ia berbeza dengan mee sup utara. Malah cara penyediaannya juga cukup mudah dan ringkas, cuma kuah mee celup ini merupakan elemen paling penting dalam memastikan kelazatannya.

Cara :

1. Tumbuk akar ketumbar bersama lada hitam dan bawang putih.

2. Kemudian tumiskan dengan sedikit minyak.

3. Apabila sudah naik bau,  masukkan ayam atau daging.

4. Selepas itu masukkan :

– air rebusan tulang@ayam(broth)

– air

– kicap pekat dan kicap cair

– Kayu manis

– Bunga lawang

– Sup bunjut

– Sos ikan

– Garam gula

– Serbuk lada putih

 

5. Rebus sehingga ayam atau daging empuk.

6. Sediakan bahan lain untuk dihidang bersama mee :

– Kangkung dan taugeh

– Lobak masin

– Kacang tumbuk

– Bawang goreng

– Minyak bawang putih goreng

– Sambal lada

– Isi dada ayam yg dicarik

– Limau nipis

– Hirisan daun ketumbar

7. Akhir sekali masukkan mee atau kueteaw ke dalam mangkuk dahulu, kemudian masukkan sayuran dan bahan tabur. Dan baru masukkan air rebusan yang mendidih ke dalam mangkuk dan kacau perlahan-lahan sehingga sebati. Tunggu sejuk sedikit baru sedia untuk dijamah.

Sumber : Sumaiyah Abdullah

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x