fbpx

Mee Goreng Mamak, Gerenti Tak Makan Dekat Kedai Dah.

iCookAsia

Mee goreng mamak memang ada aura tersendiri kan? Selalunya jika cuba memasak di rumah pun, belum tentu sama seperti yang di kedai. Tapi selepas ini tak perlu risau lagi, resipi perkongsian Hurun’Iin Malik ini gerenti mampu lawan keenakan mee goreng mamak. Memang sedap.

 

Bahan :

1 bungkus Mee kuning

1 biji Bawang besar – hiris

4 ulas Bawang putih – cincang

1/2 mangkuk Isi ayam

2 sb Cili boh

5 Tauhu kering

1/2 biji Lobak merah

1/2 mangkuk Sayur

5 biji Cherry tomato

1 biji Telur

Garam secukup rasa

 

Sos :

3 sb Kicap manis

1 sb Sos cili

1 sb Sos tiram

 

Cara :

  1. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga wangi.
  2. Masukkan cili boh dan masak sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan isi ayam, tauhu dan lobak merah, kacau sehingga masak.
  4. Masukkan semua bahan sos, garam dan sedikit air.
  5. Masukkan mee, sayur dan telur kacau sebati.

Kredit resipi & foto : Hurun’Iin Malik

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x