fbpx

Mee Kari Resepi Super Daddy. Siap Kongsi Step By Step Buat Beginner.

iCookAsia

Perkongsian resepi Mee Kari oleh Khairul Abdullah memang cukup mengujakan. Apatah lagi melihat seorang bapa gigih menyediakan hidangan penuh kasih sayang untuk keluarga.

Apa yang menarik, Khairul Abdullah turut berkongsi langkah demi langkah cara penyediaan Mee Kari Super Daddy bagi membantu dan memudahkan yang lain menyediakannya.

Bahan :

1 paket mee kuning – boleh ganti dengan spaghetti.

400 gram kerang yang dah siap kupas. Kalau takde kau kupas sendiri.

1 ketul isi ayam.

8 ekor udang saiz sederhana.

1 ikat kacang panjang

1 genggam taugeh – kalau bini kau tak makan tak payah beli.

1 ikat sawi – kalau kau tak kenal mohon kau tanya orang.

1 pek fishball – kau cari kat bahagian sejuk beku.

1 pek fishcake – sama seperti di atas

1 pek tofu goreng – kau tanya orang lah kalau tak kenal.

1 pek kiub pati ayam

2 ranting daun kari, biar banyak takpe.

1 pek kecil serbuk kari daging

1 pek kecil serbuk kari ikan.

1 kotak santan.

Banyak jugak kau nak kena beli. Tu pun aku dah skip banyak bahan, semata-mata nak bagi kau senang. Make sure semua ada okeh. Kau jangan lama-lama kat kedai tu, ada sejam jer ni nak masak.

Sampai rumah kau terus pergi bersilat kat dapur. Benda senang jer ni, jangan susah hati. Kau boleh pegang phone sebelah dan sebelah lagi masak dengan bergaya.

Cara masak ada kat gambar yer. Dah siap kau Bismillah dulu waktu nak hidang kat dia. Doalah semoga isteri kau kata sedap. #ResepiSuperDaddy

Cara :

1.

Ini semua bahan-bahan dia. Aku terlupa tunjuk santan. Benda pertama kena buat adalah blend 5 ulas bawang putih, 2 ulas bawang merah dan 1 inci halia. Blend diorang together-gether dengan sedikit air, dalam 3 sudu macam tu. Lepas tu potong ayam kecik-kecik, potong fishcake, fishball dan tofu. Kalau fishball kau jenis kecik maka tak payah potong.

2.

Lepas tu kau campurkan serbuk kari ikan dengan daging tadi dan kau bancuh, jangan pekat sangat dan jangan cair sangat.

3.

Kau panaskan minyak dalam 5-6 sudu lepas tu kau tumis bunga lawang dan kulit kayu manis bersama bahan blend tadi dan daun kari. Biar dia bau semerbak.

4.

Lepas tu masukkan bancuhan serbuk kari tadi dan kacau sampai pecah minyak.

5.

Tambah pes asam jawa Adabi tu, dalam setengah atau satu sudu. Ikut tahap kemasaman yang bini kau suka yer.

6.

Lepas masuk asam jawa tadi kacau dan tambah air dalam 1 cawan kacau sekejap dan kau luncurkan semua bahan-bahan potong seperti fishball, fishcake, tofu, ayam dan udang serta kerang. Biar dorang berkenal-kenalan dalam tu.

7.

Then kau masukkan santan tadi. Dah tuang sampai habis, kau masukkan air dalam kotak tu kau kocak, kau goncang, kau goyang biar terlerai lalu kau tambah dalam periuk tadi. Kau tengoklah kuah banyak mana kau nak. Kalau nak lagi tambah lagi secawan atau dua air.

8.

Dia jadi ginilah kat dalam tu. Jangan panik bila nampak janggut udang tu. Memang sengaja tak potong. Udang alim tu.

9.

Kau tengok kuah dia banyak mana kau nak dan kau tambah air. Kau biarkan didih pastu kau masukkan kiub pati ayam. Lepas tu kau rasa, sedap tak. Kalau tak sedap kau campak semua dan buat baru. Kalau sedap maka kau celurlah mee kuning, taugeh, sawi dan kacang panjang. Seterusnya hidanglah macam dalam gambar aku tu.

10.

Boleh hidang dengan telur rebus dan hirisan limau macam aku buat tu. Fuhh mewah betul sampai hilang mee dia.

11.

Nak lagi sedap, padu dan menangis, bolehlah kau letak sambal atau chilli oil macam aku buat tu.

Resepi Chilli Oil Sechuan Style :

Chilli Oil Sechuan Style. Boleh Dimakan Begitu Sahaja Atau Dijadikan Rencah Menumis

 

Sumber : Facebook Khairul Abdullah

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x