in ,

Menu Kenduri Kahwin Sambal Daging. Rasanya Yang Pedas, Manis dan Sedap Memang Boleh Buat Perut Senang Hati.

Musim PKP ni semua majlis keramaian tak boleh dianjurkan. Ada juga yang berkata rindu nak makan lauk kenduri kahwin kan. Ayam masak merah, sambal daging, sayur lemak, kuah dhal dan bermacam-macam lagi. Tapi, jangan risau. Anda masih boleh keluar rumah untuk beli barang dapur. 

Lauk ayam masak merah dah biasa sangat kan orang share? Apa kata kita cuba pula resipi sambal daging ini. 

Terima kasih SuiSan Aliezsha untuk perkongsian resipi Sambal Daging ini 🙂

Bahan-bahan:

Daging batang pinang, (direbus kemudian dihiris mengikut lebar mana yang anda mahu, kemudian ketepikan)

Cili kering (dikisar)

Cili api (dikisar)

Kunyit hidup (dikisar)

Serai (dikisar)

Halia (dikisar)

Bawang merah (dikisar)

Bawang putih (dikisar)

Sos tiram dan Kicap jalen

Cili dan bawang besar (hiasan)

Cara memasak:

  1. Tumis bahan-bahan yang telah dikisar.
  2. Masukkan daging dan sedikit air. Kacau dan sebatikan. 
  3. Dalam beberapa minit kemudian, masukkan sos tiram dan kicap.
  4. Akhir sekali, masukkan bahan-bahan hiasan dan kacau. Pastikan garam dan gula secukup rasa.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: SuiSan Aliezsha (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0