fbpx

Mi Goreng Basah Paling Simple

iCookAsia

Cara masak mi goreng basah yang paling simple tapi sedap. Guna bahan-bahan yang selalu ada di dapur sahaja. Betul ke sedap? Ke syok sendiri? Kenalah cuba dulu, kan?

Bahan – bahan:

Daun Bawang
Fishcake – 1 Keping
Bawang Holland
Lobak Merah – Potong Halus
Kobis
Bawang Putih
Bawang Merah
Cili Kisar – 2 Sudu
Sos Cili
Sos Tomato
Sos Tiram
Kicap Manis
Gula
Garam
Mee Kuning – 1 Paket (dicelur dahulu)
Telur – 1 Biji

Cara memasak:

1. Tumis dahulu bawang putih, bawang merah sehingga naik bau, kemudian masukkan cili kisar dan masak hingga pecah minyak.
2. Masukkan sedikit air dan biarkan mendidih seketika kemudian masukkan sos cili, sos tomato dan kicap manis. Dan gaul sehingga rata dan masukkan sedikit air.
3. Kemudian masukkan gula dan garam dan masak seketika.
4. Seterusnya masukkan kobis, batang sawi dan lobak merah. Gaul sehingga sebati.
5. Masukkan 1 paket mee kuning yang sudah dicelur dan gaul sehingga semua rata.
6. Kemudian masukkan fishcake, daun sawi dan bawang holland.
7. Akhir sekali, masukkan telur ke dalam masakan dan gaul sehingga semua bahan sekata. Sedia untuk dihidang.

 

Nak beli barang dapur yang berkualiti? Jom shopping di https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x