in , , ,

Miang Kam Original Thailand. Mudah Je Nak Buat. Sekali Rasa Memang Tak Cukup

Bukan senang nak dapatkan resipi original snek popular Thailand, Miang Kam, silap haribulan terpaksa terbang ke sana semata-mata untuk dapatkan rasa autentik. Walaupun sekadar ulam-ulaman, namun sekali makan, memang susah nak berhenti. Sedapnya sampai ke sanubari.

Menurut Watie’z Kamissan, resipi sos miang kam ini dikongsikan oleh penjual sendiri, rasanya memang sedap.

 

Bahan Sos :

1 ketul Gula Melaka / Nise

1 1/2 cawan Air

1/2 ibu jari Lengkuas – kisar

2 batang Serai – kisar

Sejemput Udang kering – kisar

Sejemput Belacan -kisar

1/2 labu Bawang besar – kisar

2 sudu Tepung jagung

 

Cara :

  1. Kisar bahan-bahan yang bertanda. Dalam bekas lain, larutkan gula bersama air dan masukkan bahan yang sudah dikisar.
  2. Kacau sehinga pekat dan sebati, kemudian masukkan 2 sudu tepung jagung.

 

Bahan lain :

Daun kaduk

Halia, Cili api merah, Limau nipis – diracik halus

Kacang tanah – sangai

Udang kering – sangai

Kelapa parut – sangai

Kredit resipi & foto : Watie’z Kamissan

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0