fbpx

Minuman Menyejukkan Tekak. Ini Dia Resepi Mudah Cha Bang Ang. Sedap Dan Sangat Creamy Rasanya

iCookAsia

Cha Bang Ang ini sangat sedap diminum, apatah lagi waktu panas. Nikmat dia memang lain macam. Dengan cincau yang fresh membuatkan minuman itu lagi sedap dihirup. Bukan itu sahaja, rasa creamy susu itu menambahkan lagi kelazatan Cha Bang Ang ini.

Jom kita try.

Terima kasih Acik Siti untuk perkongsian resipi Cha Bang Ang ini 🙂

Bahan-Bahan:

Bahan A:

Cincau manis (Boleh beli yang dalam tube)

Gula karamel (Gula perang 1 cawan dimasak dengan air 1 cawan)

Selasih 3 sudu besar (Rendam air panas)

Ais

Bahan B:

2 cawan susu segar full cream

1 cawan susu cair

3 sudu besar susu pekat manis

1 sudu teh vanilla essen

Garam secubit

Cara penyediaan:

  1.       Mula-mula, campurkan kesemua bahan B dan goncangkan.
  2.       Seterusnya, campurkan sahaja semua bahan dan pastikan untuk mix well.

Mudah sangat ni nak buat. Tak perlu banyak bahan dan cara nak buat pun sekejap sahaja dah siap.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Acik Siti(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

 

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x