fbpx

Mudah Je Buat Burnt Cheesecake, Kisar Dan Terus Bakar.

iCookAsia

Resipi mudah perkongsian Azila Ismail ini memang sesuai untuk beginner yang baru mula untuk belajar membuat kek. Tak perlu belajar teknik memukul telur, ribbon stage dan teknik khas kek, sebaliknya bahan hanya perlu dikisar bersama dan terus dibakar menggunakan air fryer.

Malah sukatan yang diberikan juga menggunakan sukatan cawan dan sudu, jadi tak perlu guna penimbang.

 

Bahan :

250 gm Cream cheese

125 ml Whiping cream

2 sb Tepung gandum

1/2 cwn Gula halus

3 biji Telur

1 sb Jus lemon

 

Cara :

  1. Masukkan bahan satu persatu ke dalam pengisar dan kisar semua bahan sehingga sebati dan lembut.
  2. Selepas itu masukkan jus lemon bagi menghilangkan rasa hanyir telur.
  3. Sapukan butter dalam loyang bersaiz 6’ dan alas dengan baking paper.
  4. Masukkan adunan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 180c selama 25 minit.
  5. Selepas siap, biarkan kek sejuk seketika dan simpan di dalam peti sejuk.

Kredit resipi & foto : Azila Ismail

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x