in , , ,

Mudahnya Buat Mini Bahulu, Bakar Atas Dapur Aje.

Zaman sekarang, apa sahaja kuih tradisional yang diingini cukup mudah untuk disediakan. Macam bahulu, jika sebelum ini perlu dibakar dengan sabut kelapa. Tetapi sekarang semuanya di hujung jari.

Seperti resipi mini bahulu perkongsian Tengku Maya, adunan hanya dibakar menggunakan Popcake Maker. Jika tiada, bakar sahaja di atas dapur menggunakan api kecil.

 

Bahan :

1 1/4 cawan Tepung gandum

4 biji Telur gred A

1 cawan Gula

1 sk Esen vanila

 

Cara :

  1. Pukul telur, gula dan esen vanilla sehingga kembang.
  2. Kemudian masukkan tepung gandum dan pukul lagi sehingga sebati.
  3. Jika bakar menggunakan dapur, jika nampak kekuningan dan sedikit garing, terus angkat. Bakar menggunakan api perlahan.
  4. Jika dibakar menggunakan popcake maker, masukkan adunan dan masak sehingga api menyala. Siap.

Kredit resipi & foto : Tengku Maya

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0