fbpx

Muffin Sunquick Paling Mudah. Guna Je Bahan Dekat Dapur.

iCookAsia

Kadang kala mood untuk membuat pemanis mulut ini tersekat gara-gara bahan yang tak mencukupi di dapur. Semangat sedang membara tapi tak ada bahan pun tak jadi juga.

Namun kalau korang cuba sediakan Muffin Sunquick ini, percayalah, tak perlu pun terjah ke kedai kek untuk membeli bahan, semuanya pasti ada di dapur.

Terima kasih Norazieanti Ghazali atas perkongsian resipi mudah dan menarik ini.

 

Bahan :

125 gm Tepung naik sendiri

75 gm Minyak masak *

75 gm Susu segar *

75 gm Gula aising / Gula castor*

1 biji Telur *

1 sb Sunquick *

 

Cara :

  1. Putar semua bahan bertanda * sehingga sebati.
  2. Kemudian masukka tepung dan putar perlahan supaya sebati.
  3. Masukkan adunan 3/4 dalam bekas cupcake. Jangan terlalu penuh kerana nanti akan melimpah.
  4. Bakar adunan pada suhu 160-170c selama 25 hingga 30 minit atau mengikut ketuhar masing-masing.

Kredit resipi & foto : Norazieanti Ghazali

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x