in

Murtabak Ramen Samyang Cheese Leleh. Sedap Giler!

Anda peminat Ramen Samyang? Makan seperti biasa macam dah biasa sangat kan? Apa kata kita cuba masak style Murtabak. Tambah pula dengan Mozarella Cheese, boleh ada effect tarik tu. Wow, nikmatnya…

Resepi Murtabak Ramen Samyang Cheese

Bahan-Bahan:
1 paket Samyang Original
Air untuk merebus
2 biji Telur
1 labu Bawang besar – dihiris
1 biji Cili merah – dihiris nipis
3 tangkai Daun ketumbar – dipotong halus
3-4 sudu besar Minyak
Shredded Mozarella cheese – jika suka

Cara Membuat:
1. Rebuskan maggi Samyang. Setelah lembut, toskan.
2. Satukan maggi, perencah Samyang, telur, bawang besar, cili merah dan daun ketumbar. Gaul sebati.
3. Panaskan minyak di dalam kuali.
4. Lengser acuan bulat dengan minyak, letakkan ke dalam kuali. Masukkan adunan maggi secukupnya ke paras ½ acuan. Sudukan Mozarella cheese. Tutup dengan adunan maggi memenuhi acuan. Tekan supaya rata.
5. Biar sehingga bahagian bawah menjadi keperangan, ketepikan acuan bulat. Kemudian terbalikkan dan masak lagi.
6. Murtabak maggi sedia untuk dihidang. Makan panas-panas supaya Mozarella dapat ‘ditarik’.

Tips: Keju adalah untuk mengurangkan kepedasan.

Dapatkan barangan dapur yang BERKUALITI di – https://shop.icookasia.com/

#MurtabakRamenSamyang #SpicyRamen #iCookAsiaResepi

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0