Tak perlu canai doh untuk membuat murtabak, hanya gunakan kulit popia, nah Murtabak terhidang di depan mata.
Bahan inti yang digunakan juga sangat mudah dan pastinya ada di dapur.
Bahan :
Ayam – cincang
Bawang merah – cincang
Daun sup
Perasa
Telur
Rempah ikan
Kulit popia
Cara :
1. Tumis bawang sehingga layu, kemudian masukkan ayam cincang dan goreng sehingga air ayam kering.
2. Selepas itu masukkan rempah kari, daun sup dan perasakan. Ketepikan.
3. Dalam bekas lain, pukul telur dan masukkan inti ayam yang sudah masak tadi.
4. Di atas pan, letakkan sedikit minyak dan letakkan kulit popia, kemudian letakkan inti di atasnya. Lipat dan terbalikkan.
Sumber : Hidayah Jamaludin