fbpx

Musim PKP Tak Dapat Makan Roti Canai? Boleh Buat Sendiri Je Dekat Rumah.

iCookAsia

Ada yang teringin nak Roti Canai di gerai pada waktu pagi? Admin pasti, ada yang rindu. Lebih-lebih lagi nak makan di kedai sendiri kan, dan bukannya take away. Haa, jangan bersedih. Jom Admin kongsikan resepi Roti Canai daripada seorang pengguna Facebook. Nampak macam senang, tapi kalau tak jadi tu tidak mengapa. Practice makes perfect!

Terima kasih CT Liz untuk perkongsian resipi Roti Canai ini 🙂

Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum

2 sudu besar susu pekat

1/2 sudu besar marjerin

Secubit garam

1 cawan air suam

Minyak atau marjerin untuk rendam atau salut doh

Cara membuat:

1. Campur semua bahan sekali dan uli hingga elastik dalam 15-20 minit. Lagi lama uli, lagi lembut. Kemudian bulat-bulatkan doh.

2. Doh boleh direndam dalam minyak atau disalut marjerin.

3. Perap selama 4 jam ke atas. Kalau uli guna mesin, tak perap pun tidak mengapa.

4. Canai dan tarik.

5. Selepas itu, perap dan bakar.

Nota: Kualiti uli tangan dan guna mesin dari segi tahap kelembutan itu tidak sama. Tekstur roti akan berbeza.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: CT Liz (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x