in , , ,

Naan Cheese Lembut Dan Gebu, Cheese Meleleh Tiap Kali Digigit. Kalau Frozenkan Tetap Sedap.

Setiap kali teringat kesedapan Naan Cheese yang terletak di Medan Tuanku, Kuala Lumpur, terliur dengan kelembutan roti dan cheese yang melimpah keluar dalam setiap gigitan. Namun sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk keluar bersama keluarga menikmati hidangan di luar kan?

Dan terima kasih kepada Maria Nazri Said atas perkongsian langkah demi langkah penyediaan Naan Cheese yang cukup gebu dan lembut ini. Malah, ia juga sesuai untuk difrozenkan. Jelas Maria, bakar naan seperti biasa dan letakkan di dalam bekas dan kemudian bekukan. Jika ingin dimakan, hanya panaskan kembali di atas pan atau ketuhar dan hasilnya, roti naan masih lembut.

 

Bahan :

Cara :

Selepas diuli, bahagian doh kepada enam bahagian.
Masukkan cheese seberapa banyak yang disukai. Kalau nak efek tarik, gunakan mozarella.
Selepas masukkan cheese, bulatkan kembali doh.
Kemudian taburkan tepung atas doh.
Gelekkan doh.
Bakar di atas pan sehingga masak. Tidak perlu gunakan minyak.

Kredit resipi & foto : Maria Nazri Said

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0