fbpx

Nak Mudahkan Kerja Di Dapur? Ini Dia 3 Gajet Yang Dapat Mudahkan Urusan Kita!

iCookAsia

Bila selalu duduk dapur ni, memasak lagi, mesti kadang-kadang kita akan rasa serabut sebab tiada barang-barang tertentu yang diperlukan. Bertambah pula memang tengah urgent nak memasak sesuatu juadah tapi tiada pula barang yang diperlukan. Kali ni, Admin nak share antara tiga gajet dapur yang dapat mudahkan urusan di dapur. Boleh la para suami ataupun anak-anak hadiah kan untuk para isteri mahupun ibu di rumah.

Nak tau tak apa dia? Jom.

Terima kasih Shazwani untuk perkongsian tips 3 gajet yang dapat memudahkan urusan dapur ini 🙂

  • Microwave

Dengan adanya microwave, senang sangat kerja mak-mak kita di dapur untuk panaskan je makanan yang dah tersedia ada. Tak perlu nak masak juadah baru. Bukan itu sahaja, ianya juga dapat jimatkan masa.

  • Air Fryer

Ini merupakan salah satu gajet dapur yang boleh memudahkan kerja mak-mak kita di dapur. Air fryer ni bukan sahaja boleh menggoreng dengan cara yang sihat tau tapi ianya juga dapat membantu korang untuk menyiapkan juadah dalam masa yang singkat. Nak tau kenapa? Sebab dengan menggunakan gajet dapur ni, korang hanya perlu tinggal makanan korang dan boleh melakukan kerja lain dalam masa yang sama sementara menunggu makanan siap.

  • Telefon bimbit

Telefon bimbit ni, mesti ramai yang ada kan. Hanya dengan menggunakan telefon bimbit, mak-mak kita boleh order makanan melalui hujung jari je tau. Kalau tiada masa nak masak, senang kan? Yang ni adalah cara paling mudah dan disukai ramai.

Admin dah ada letak video kat bawah ni tau. Korang boleh la share apa alatan dapur yang memudahkan korang ketika berada di dapur.

Semoga tips ini bermanfaat untuk semua 😉

Kredit tips dan gambar: Shazwani(TikTok), PngItem(Website), skinnytaste(Website), Victoria Elizabeth Barnes(Website)

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x