fbpx

Nampak Serupa, Tapi Tak Sama. Bukan Roti Canai, Mahupun Capati. Ini Dia Resepi Roti Bangladesh.

iCookAsia

Nampak sama, tapi sebenarnya tidak. Roti Bangladesh ini memang boleh buat ramai orang keliur. Sebab rupanya seperti Roti Canai atau Capati. Kalau diperhatikan daripada bahan yang digunakan pula, sudah pasti tidak sama. Dengan menggunakan 3 bahan sahaja, boleh siap Roti Bangladesh ini.

Tetapi, disebabkan tidak menggunakan serbuk Yis, jadi adunan doh itu tidaklah kembang atau lembut sangat. Jadi, Roti Bangladesh ini seperti cara yang paling mudah kalau anda teringin nak makan roti yang versi Roti Canai ini. 

Terima kasih Norazah Ab Rajak untuk perkongsian resipi Roti Bangladesh ini 🙂

Bahan-bahan:

1 cawan tepung gandum 

1 cawan air panas 

1 sudu kecil garam

Cara membuat:

  1. Bancuhkan garam dengan air panas.
  2. Masukkan air garam dalam tepung sedikit demi sedikit.
  3. Uli sampai doh tidak melekat ditangan.
  4. Bulat-bulatkan dan lemperkan.
  5. Goreng tanpa minyak dengan menggunakan kuali non stick. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Norazah Ab Rajak (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x