fbpx

Nasi Ayam Kicap Pedas Ala 3 Budak Gemok. Menyelerakan Dengan Sambal Gesek Bawang. Resipi #Ramadan

iCookAsia

Gabungan nasi, ayam kicap pedas dan sambal gesek, fuh berpeluh waktu makan. Diinspirasikan daripada menu popular 3 Budak Gemok, resipinya cukup mudah, namun segalanya diadun dengan cukup sempurna.

 

Bahan Ayam Kicap Pedas :

Cili api*

Bawang merah*

Bawang putih*

Halia*

Tumbuk semua bahan bertanda *

Daun kari

Kicap manis

Sos tiram

Ayam digoreng terlebih dahulu dengan garam dan kunyit

 

Cara :

1. Tumis daun kari terlebih dahulu.

2. Kemudian masukkan bahan yang telah ditumbuk. Pastikan bahan tumis garing dan gelap.

3. Selepas itu tuang kicap manis dan sos tiram.

4. Masukkan ayam yang telah digoreng.

 

Bahan Sambal Gesek Bawang :

Bawang besar

Bawang putih

Cili padi

Cili merah

Tomato

Ikan bilis

 

Cara :

1. Goreng dahulu semua bahan dan kemudian tumbuk. Perasakan.

Sumber : Nur Aisya

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x