fbpx

Nasi Butter Ala KFC Dan Ayam Goreng Rangup. Anak-Anak Selera Makan, Siap Bertambah

iCookAsia

Nasi butter memang menjadi kegemaran anak-anak disebabkan rasanya yang penuh berkrim dan berperisa. Jadi tidak perlu tambahan kuah, hanya nikmati begitu sahaja pun sudah cukup melazatkan. Namun sebagai pelengkap, gabungkan dengan ayam goreng ala KFC yang cukup mudah untuk dibuat.

 

Bahan Nasi Butter : untuk hidangan lima orang

4 cawan beras

4 biji bawang putih (ketuk dan potong halus)

1 biji bawang merah (optional) (hiris nipis)

125 g butter

Halia (ketuk biar pecah sikit)

1 cawan freshmilk (full cream)

1 kiub pati ayam

Garam

 

Cara :

1. Panaskan kuali dan masukkan butter. Tumis bawang putih dan bawang merah sampai naik bau.

2. Masukkan halia, susu segar dan kacau dalam dua minit.

3. Kemudian masukkan beras yang sudah dibasuh. Masukkan pula kiub ayam dan goreng sebentar beras selama tiga minit.

4. Selepas itu, alihkan beras ke dalam periuk nasi. Masukkan sukatan air yang ditambah dengan secawan susu. Sebagai contoh, 4 cawan air ditambah 1 cawan susu. Sukatan air bergantung kepada jenis beras yang digunakan. Dan sukatan seperti masak nasi biasa, Cuma kurangkan satu cawan air untuk gantikan dengan satu cawan susu.

5. Perasakan dengan sedikit garam dan masak seperti biasa.

Bahan ayam goreng :

10 ketul ayam

1 cawan tepung bestari original

1 cawan tepung bestari spicy

 

Cara :

1. Ambil lima hingga enam sudu besar campuran tepung dan gaulkan dengan ayam sehingga sebati. Perap selama dua jam.

2. Selepas itu, panaskan minyak. Ambil ayam tadi dan gaulkan dengan campuran tepung dan salutkan tebal-tebal. Goreng sehingga garing menggunakan api sederhana supaya bahagian dalam masak.

Bahan Sup Chicken Meatball :

Leher/kaki ayam potong kecil

10 biji chicken meatball

Daun sup

1 kiub pati ayam

Halia (ketuk)

Bawang putih

3 cawan air

Garam secukupnya

 

Cara :

1. Tumiskan bawang putih sehingga naik bau. Masukkan halia dan leher atau kaki ayam yang sudah dipotong kecil-kecil. Biarkan sekejap.

2. Masukkan chicken meatball,kiub pati ayam dan air, biarkan sampai masak.

3. Perasakan dengan garam dan daun sup.

Sumber : Syue Haida

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x