in , , ,

Nasi Carrot Dengan Ayam Masak Merah Orang Kahwin. Padu Lain Macam.

Kadang kala bila lalu rasa teringin dekat tekak, tiba-tiba nak makan ayam masak merah orang kahwin. Tapi nak dapat mana lauk macam tu bila tengah malam kan? Tak kan nak terjah majlis orang, tak pernah dibuat dek orang.

Jadi dengan perkongsian ini, diharap dapatlah kurangkan kempunan. Lagipun kata empunya resipi ni, ayam masak merah tak boleh masak selalu, nanti bapa atau suami rasa macam nak kahwin lagi. Betul ke?

“Ayam masak merah tk boleh masak selalu.. Bila makan je bapak ko cakap rasa mcm nak kawin lagi… 😒😒😒
Tapi ayam masak merah mama ko mmg padu.. Lg gelap lg sedap uiii…. Done angkat bakul bersama lemak2 mama ko.

Sy masak yg paling simple.. Barang semua ada kt rumah.”

 

Nasi carrot

Bahan :

Beras basmathi (rendam 30 minit toskan.. Letak dala1m rice cooker)
1 batang lobak merah (direbus dan dikisar)
1 biji Tomato dibuang biji ( rebus bersama carrot dan kisar)
1 Kiub ayam
Bwng besar dihiris
Halia dihiris
2 helai Daun pandan
3 sekawan
Majerin dan minyak masak utk menumis

 

Cara :  

1. Letakkan majerin dan minyak masak ke dalam kuali. Tumis 3 sekawan, bawang besar dan halia. Tumis sehingga garing. Kemudian masukkan daun pandan dan tumis bersama.

2. Masukkan lobak merah dan tomato yang telah dikisar. Masukkan juga kiub ayam dan garam serta sesudu gula pasir.

3. Pindahkan semua bahan ke dalam periuk nasi berisi beras. Kalau menggunakan beras basmathi, sukatan 2 cup beras 4 cup air. Kalau beras biasa, sukat seperti masak nasi biasa.

4. Tekan suis dan tunggu sehingga masak.

Ayam Masak Merah

Bahan :

Ayam (digoreng bersama kunyit dan garam)
3 sekawan
Tomato dibuang biji dan hiris
Daun pandan
Cili kering kisar bersama bawang putih dan merah
Sos cili
Bawang besar hiris
Gula merah (suka gula merah jenis dulu2 tu.)

 

Cara :

1. Tumis 3 sekawan, bawang besar dan daun pandan. Kemudian masukkan tomato yang telah dihiris.

2. Masukkan cili kisar dana tumis sehingga garing.

3. Masukkan sos cili, garam dan perasa serta gula merah.

4. Masukkan ayam yang telah di goreng gaul sebati beberapa minit. Siap!!

Sumber : Nur Aisya

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0