fbpx

Nasi Daging Air Asam Kerisik. Resipi Campak Campak Terus Jadi.

iCookAsia

Kalau sebut Nasi Daging dengan Air Asam Kerisik, tentu ramai yang kecur liur kan? Cukup dua menu ini sahaja atas meja, namun nikmatnya sukar untuk digambarkan.

Resipi perkongsian Cik Bunga ini cukup mudah dan senang, tiada sukatan tertentu yang digunakan, hanya ikut naluri masing-masing…hehe

 

Bahan :

Daging – Rebus sampai empuk. Air rebusan simpan untuk masak nasi dan sup

 

Nasi :

Beras

Minyak sapi (optional, guna butter atau minyak masak)

Bawang merah*

Halia*

Bawang putih*

Kayu manis, bunga lawang, cengkih & buah pelaga*

Rempah kurma

Daun pandan

Susu cair (optional.. kalau guna air rebusan sahaja pun boleh)

Kuib daging

Garam

Air rebusan daging

 

Cara :

  1. Tumis bahan bertanda sampai layu, kemudian masukkan rempah kurma dan beras. Kacau sebati.
  2. Selepas itu masukkan ke dalam periuk nasi. Masukkan air rebusan daging, susu cair dan daging yang telah direbus tadi.
  3. Masukkan juga kiub daging dan perasakan dengan garam. Masak seperti biasa.

Bahan Air asam kerisik :

Cili besar*

Cili padi*

Belacan*

Garam*

Air asam jawa

Kerisik

Limau nipis

Tomato

Bawang besar

 

Cara :

  1. Tumbuk bahan bertanda dan kemudian masukkan kerisik, air asam jawa dan air limau nipis.
  2. Selepas itu masukkan tomato dan bawang besar yang telah dihiris. Kacau sebati.

Sup :

  1. Gunakan air rebusan daging tadi dan tambahkan halia, bawang, garam, daun sup dan daun bawang.

Kredit resipi & foto : Cik Bunga

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x