fbpx

Nasi Daging Terlajak Sedap.

iCookAsia

Walau Hari Raya Aidiladha sudah berlalu, namun pastinya masih berbaki lagi daging korban di dapur kan? Jika tiada idea, bolehlah mula ‘bertukang’ sediakan nasi daging untuk santapan hujung minggu ini.

 

Bahan :

1 kg Daging – hiris

1 Sup bunjut

5 kuntum Bunga cengkih

1 kuntum Bunga lawang

4 bj Buah pelaga

1 btg Kulit kayu manis

4 ulas Bawang putih

1-2 bj Bawang besar

2 akar Ketumbar

1 ketul Kiub daging

Garam secukup rasa

 

Cara :

  1. Rebus semua bahan kecuali garam. Bawang putih dan bawang merah terus masukkan sebiji-sebiji tanpa perlu dihiris. . Apabila daging sudah hampir empuk, baru masukkan garam.

 

Bahan Nasi :

3 mug Beras basmathi – cuci dan rendam 1/2jam (mug ini boleh muat air 300 ml)

3 sudu besar Minyak sapi

Sedikit minyak masak

5 kuntum Bunga cengkih*

1 kuntum Bunga lawang*

4 bj buah Pelaga*

1 btg Kulit kayu manis*

3 helai Daun bay*

1-2 tangkai Daun kari*

4-5 ulas Bawang putih – hiris*

5 bj Bawang merah – hiris*

2 helai Daun pandan

1 inci Halia – ketuk

2 sudu besar Rempah kari daging

1 sudu besar Rempah kurma

3 Akar ketumbar

4 1/2 mug Air rebusan daging

3 sudu besar Sos cili

1 sudu besar Gula

Garam secukup rasa

Daun ketumbar secukupnya

 

Cara :

  1. Panaskan minyak dan minyak sapi, kemudian tumis bahan bertanda * sehingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan rempah kari dan kurma. Kacau sebentar dan masukkan pula air rebusan daging, sos cili, gula dan garam. Garam tidak perlu terlalu banyak kerana air rebusan daging sudah diperasakan dengan garam.
  3. Masukkan akar ketumbar, daun pandan dan halia. Biarkan mendidih dan masukkan hirisan daging dan beras, masak seperti biasa.
  4. Jika mahu gunakan rice cooker, tuang semua bahan ke dalam periuk dan masak seperti biasa.
  5. Selepas siap, taburkan hirisan daun ketumbar dan tutup sebentar tudung periuk.

Cara sup :

  1. Gunakan baki air rebusan daging dan tambah sedikit lada sulah. Taburkan daun bawang.

 

Bahan air asam kerisik :

3 bj Cabai hidup

6-7 bj Cabai melaka/cili padi

1 inci Belacan

2 bj Bawang besar – hiris

2 bj Tomato – hiris

Garam dan gula secukup rasa

Air asam jawa

1 sudu besar Kerisik

Cabai hijau – potong halus

 

Cara :

  1. Kisar kasar semua bahan kecuali kerisik dan cabai hijau. Selepas itu gaul rata semua bahan.

Kredit resipi & foto : Noor Aziah Mohd Noor

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x