fbpx

Nasi Goreng Ikan Masin Paling Mudah, Confirm Sedap!

iCookAsia

Nasi goreng ni, kalau kena gaya memang sedap sangat. Tak kira lah buat sarapan ke minum petang atau makan malam. Jom kita cuba buat nasi goreng ikan masin. Senang sangat.

Terima kasih Nurul Jannah Nazri untuk perkongsian resipi Nasi Goreng Ikan Masin ini 🙂

Bahan-bahan:

Nasi sejuk

3 biji bawang rose

2 ulas bawang putih

4 biji cili thai

Sedikit ikan masin

4 urat kacang buncis

2 sudu makan sos tiram

1 biji telur

1 sudu makan garam

 

Cara memasak:

  1. Tumis bawang rose dan bawang putih yang ditumbuk.
  2. Kemudian masukan sebiji telur. Agak masak gaul sama rata.
  3. Kemudian masukan 2 sudu makan sos tiram dan kacau rata.
  4. Bau pun dah semerbak masukkan ikan masin. Boleh rendam sebentar bagi kurangkan masin dia.
  5. Kacau sebati dan masukkan kacang buncis. Nak letak sayur lain pun boleh. 
  6. Kemudian masukan 4 biji cili thai yang diketuk mesra. 
  7. Perasakan dengan sedikit garam, masukkan nasi sejuk dan gaul rata.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Nurul Jannah Nazri (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x