fbpx

Nasi Jagung, Sesuai Untuk Kanak-Kanak yang Kurang Selera Makan, Senang Je Nak Buat!

iCookAsia

Resepi Nasi Jagung ni bukan sahaja sedap dimakan oleh orang dewasa, kanak-kanak pun suka. Sesuai sangat untuk anak-anak yang ada masalah selera makan. Terima kasih kepada saudari Faizah Md Zain atas perkongsian resepi ini.

BAHAN-BAHAN

1kg beras basmathi

1/2 tin susu cair

1/2 tin jagung (beli yg bukan creamer)

10 biji bawang merah kecil (blend)

8 biji bawang putih (blend)

1 inci halia (hiris)

rempah 4 sekawan (pack kecik)

5 sudu minyak jagung (utk tumis bawang)

3 sudu marjerin or butter (masuk masa nasi dh kering utk bagi nasi lembut)

garam secukupnya

daun pandan (2 helai)

daun ketumbar

1 air (sekilo beras tu sukat ikut bekas, air pun ikut bekas yang sama, nisbah 1 beras 1 air)

CARA-CARA

1. Panaskan minyak jagung, tumiskan rempah 4 sekawan, bawang merah, bawang putih dan daun pandan sampai naik bau n kekuningan.

2. Masukkan air dan susu cair.

3. Masukkan halia, garam dan biarkan mendidih.

4 Masukkan beras yang dah dicuci, biarkan mendidih dan kacau masa air tengah banyak, jangan kerap sangat mengacau untuk dapatkan beras yang cantik dan panjang.

5. Masukkan jagung dan daun ketumbar, biarkan nasi masak.

6. Masukkan marjerin atau butter, siap. Nak hidang taburkan bawang goreng.

Mudah sahaja kan? Jom cuba!

Untuk mendapatkan perkakas memasak yang berkualiti, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x