fbpx

Nasi Kandar Ala Deen Maju. Lagi Menyengat, Suami Puji Melangit.

iCookAsia

Kalau ke Penang, memang tak sah kalau tak pekena nasi kandar kan? Penangan nasi kandar memang boleh duduk tersandaq, mengigau kalau tak dapat.

Namun bagi yang duduk jauh dari Penang, macam mana pula kan? Disebabkan itu, perkongsian resipi daripada Siti Fatimah Mohd Jamil sangat membantu mengubati kerinduan. Dan apabila suami puji melangit, bermakna menjadilah usaha menjalankan kaji selidik nasi kandar sampai jadi ala Deen Maju.

 

Resipi Kari Sotong

Bahan :

1 biji Bawang besar hiris memanjang

4 biji bawang putih hiris

Seinci halia hiris

Seinci kunyit hidup hiris

Daun kari dua kayu

Sup bunjut

 

Cara :

1. Tumiskan bahan-bahan tadi sehingga naik bau.

2. Masukkan bancuhan serbuk kari daging Babas. Sukatan – 3/4 cawan dan dibancuh dengan air sehingga pekat.

3. Selepas pecah minyak, masukkan sedikit air.

4. Kemudian masukkan sotong dan tambahkan dua cawan air sehingga mendidih dan masak.

5. Masukkan sekeping asam keping. Jangan masukkan asam keping awal kerana boleh buat sotong menjadi liat.

6. Masukkan sayur kegemaran seperti terung dan lain-lain. Bagi yang sukakan pedas, boleh letak cili padi, begitulah sebaliknya. Masukkan terung dan cili api terlebih dahulu. Akhir sekali masukkan tomato dan biarkan kari pekat.

7. Perasakan dengan gula, garam dan serbuk perasa. Biarkan pekat mengikut citarasa masing-masing.

 

Resipi Kuah Kicap Pekat ala Deen Maju

Bahan-bahan kisar yang ditumis:

8-10 tangkai cili kering

Satu biji bawang besar

4 biji bawang putih

 

Cara :

1. Kisar sehingga halus dan tumiskan. Kemudian masukkan 1/2 cawan air.

2. Apabila pecah minyak, masukkan bawang besar hiris. Boleh masukkan cili padi jika suka pedas.

3. Masukkan kicap manis sehingga warnanya cantik.

4. Perasakan dengan gula, garam dan serbuk perasa.

5. Kuah kicap mesti rasa manis yang seimbang baru nikmat. Boleh juga buat ayam masak kicap style ni. Kuah kicap melengkapi rasa Nasi Kandar.

 

Resipi Ayam Goreng Mamak

Cara :

1. Perapkan ayam dengan bahan kisar halia+bawang putih+satu sudu teh garam. Perapkan sekurangnya 30 minit.

2. Apabila hendak mula memasak, masukkan bahan-bahan lain :

3 sb Serbuk kunyit

3 sb Serbuk kari

3 sb Serbuk cili

2 sudu gula

Serbuk pasti sedap knorr

*Jangan perapkan sekali kerana boleh buat ayam rasa pahit

3. Letak daun kari. Lagi banyak. Lagi harum.

4. Apabila minyak mula dipanaskan, baru masukkan satu senduk kecil tepung beras dan dilumur kepada ayam.

5. Kejadian setelah ayam dilumur dengan bahan-bahan tersebut.

6. Gorengkan dengan minyak yang banyak, pastikan minyak betul-betul panas dan api dibuka dengan kecil supaya memastikan ayam masak sekata.

 

Resipi Nasi Harum dan tidak muak

Bahan :

2.5 pot nasi beras faiza + air 3 pot air (gunakan pot periuk nasi)

Daun pandan

1 sudu kecil garam

1 sudu esen pandan

 

Cara :

1. Masak telur masin sekali ketika tanak nasi akan melemakkan lagi rasa nasi.

2. Sedia dihidang bersama bendi celur dan cili besar.

Sumber : Siti Fatimah Mohd Jamil

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x