fbpx

Nasi Minyak Gulai Terengganu Style Pressure Cooker. Banyak Bahan Tapi Senang Je. Sedap Boh.

iCookAsia

Memang menyelerakan melihat gambar dan resipi yang dikongsikan Azila Ismail ni, gabungan menu lengkap satu pinggan, macam kenduri pun ada. Biarpun banyak bahan untuk disediakan, namun hasilnya cukup membanggakan, harum semerbak satu rumah. Bertambah-tambah pinggan. Bolehlah dijadikan menu wajib setiap kali menerima kunjungan tetamu, kan?

 

Bahan Gulai :

2 labu Bwg besar*

Seinci Halia*

*kisar dan tapis

1 sb Rempah masak bunga ros

3 sb Rempah gulai bunga ros

4sb Sos tomato

Bawang goreng (10 ulas/ ltk bwg grg siap pun boleh)

 

Cara :

  1. Gaul semua bahan dengan satu ekor ayam atau sekilo daging
  2. Tumis empat sekawan. Kemudian letakkan ayam atau daging yang telah digaul tadi. Tumis sehingga pecah minyak.
  3. Selepas itu, masukkan air, 1 keping nissan dan perasakan dengan garam.
  4. Kemudian masukkan kentang.
  5. Untuk gulai daging, saya gunakan noxxa HP 40 minit. Kentang letak akhir sekali dan tambah lagi 10 minit.

Bahan Nasi :

3 pot Beras basmathi (rendam dahulu 1 jam)

 

Bahan Tumis :

2 sb Marjerin

4 beradik

Seinci halia

Selabu bwg besar

Air (3 1/2 cwn plastik ikea)

1 sb susu pekat

2 sb sos tomato

Sedikit garam

Daun pandan

 

Cara :

  1. Tumis semua bahan dan baru masukkan nasi. Gunakan mode steam 8 minit.

Resipi Acar :

Hiris timun, bawang merah seulas dan cili besar. Kemudian sagat lobak merah. Masukkan sedikit air suam, satu sudu besar gula, sedikit garam dan cuka. Kacau sehingga gula hancur.

Sumber : Azila Ismail

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x