fbpx

Niat Nak Tunjuk Skill Pada Mak Mertua, Jadi Terhasilnya Kuih Sagu Pelangi. Cantik dan Kreatifnya!

iCookAsia

Kuih Sagu adalah antara makanan tradisional yang sangat digemari ramai juga. Daripada warna aslinya iaitu merah jambu, pengguna Facebook ini mencuba cara kreatif iaitu membuat kuih sagu berwarna pelangi. Dengan niat asal untuk membuat kuih kegemaran ibu mertua, jadi terhasilnya resipi ini. 

Terima kasih Faridatul Shuhada untuk perkongsian resipi Kuih Sagu Pelangi ini 🙂

Bahan-bahan:

4 cawan setengah air

15 sudu gula (mengikut pada tahap kemanisan masing-masing) 

1/2 penutup perisa pandan

*masak bahan-bahan di atas sehingga gula larut

3 cawan sagu (basuh dan toskan)

3 pewarna merah/sirap, kuning, hijau

Cara membuat:

  1. Asingkan sagu ke dalam 3 bekas. Rendam setiap satu cawan sagu bersama 1 cawan setengah air gula dan tambahkan pewarna. 
  2. Biarkan selama satu jam dan kemudian kukus warna pertama selama 10min. 
  3. Selepas itu, masukkan warna kedua dan biarkan selama 10 minit.
  4. Akhir sekali, masukkan warna ketiga dan kukus sehingga sagu menjadi jernih atau kristal (lebih kurang 1 jam).

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Faridatul Shuhada (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x