in , ,

Nikmati Kopi Ais Sempurna dengan Costa Smart Café Baru, Sempena Hari Kopi Antarabangsa.

Kopi Ais Sempurna dengan Costa Smart Café Baru 

Costa Coffee Malaysia meningkatkan tahap teknologi kopi layan diri sempena Hari Kopi Antarabangsa

KUALA LUMPUR, 1 Oktober 2021: Sempena Hari Kopi Antarabangsa hari ini, Costa Coffee secara rasmi melancarkan kejayaan terbaru teknologi canggih, Costa Smart Café. Ini adalah hasil usaha Costa Coffee untuk sentiasa meningkatkan kenikmatan cita rasa kopi, lebih-lebih lagi melalui mesin layan diri Costa Coffee yang unggul. Pelancaran ini juga serasi dengan pencapaian hari jadi Costa Coffee ke-50 tahun ini.

Ditubuhkan di London pada tahun 1971, Costa Coffee telah menyajikan rakyat Malaysia kopi bertaraf barista sejak tahun 2017. Berasal dari London, dan merupakan jenama kopi nombor 1 satu di United Kingdom selama 12 tahun berturut-turut. Costa Coffee mempunyai 2,600 cawangan di United Kingdom dan lebih 1,300 cawangan antarabangsa.  Costa Coffee juga merangkumi kira-kira 8,500 mesin layan diri di dunia, termasuk Malaysia. 

Costa Smart Café adalah mesin kopi layan diri bersepadu pertama di dunia yang direka khas untuk menampilkan kemudahan optimum memperolehi coffee on-the-go di kalangan penggemar kopi. Costa Smart Café yang canggih in memberi kemudahan kepada penggemar kopi untuk memperolehi minuman kegemaran mereka hanya dengan satu sentuhan butang. Costa Smart Café yang unggul ini mempunyai kebolehan teknologi pintar untuk yang mampu menuangkan jumlah ais yang tepat bagi setiap cawan Costa Coffee yang disaji. Tambahan lagi, Costa Smart Café kini dilengkapi skrin sentuh definisi tinggi terkini yang telah diperbaharui  untuk memeriahkan pengalaman melanggan kopi dari Costa Smart Café. 

Dengan lebih 500 jenis minuman kopi untuk dipilih, rakyat Malaysia kini dapat menikmati kopi berkualiti barista layan diri, dibancuh sempurna dengan biji kopi panggang dan susu segar khas Costa Coffee, dalam beberapa saat sahaja. Antara pilihan lain termasuk mocha, coklat, dan susu sejuk berperisa sama ada panas atau ais hanya dengan menekan satu butang. Costa Coffee juga memperkenalkan minuman kordial buah ais baru, Strawberry Lime dan Mandarin Chai, penghilang dahaga terbaik dalam cuaca hangat tropika Malaysia. 

JuLee Lim, Ketua Pemasaran Costa Coffee Malaysia berkata “Costa Coffee telah menyajikan kopi berkualiti barista di Malaysia sejak 2017. Costa Coffee bangga dengan kelebihan daya saing kami sebagai penyedia kopi berkualiti barista layan diri yang berteknologi canggih. Dengan pengenalan Costa Smart Café baru yang berevolusi, kami percaya bahawa Costa Coffee telah meningkatkan servis kami dengan memeriahkan peminum kopi dengan pengalaman baru – untuk menikmati secawan kopi berkualiti barista yang sempurna, sama ada panas atau sejuk, hanya dengan satu sentuhan butang. Kemudahan untuk mengecapi kopi berkualiti tinggi dalam masa yang singkat selaras dengan cadangan Costa Coffee untuk melangkah depan dan menggandakan kehadiran Costa Coffee di Malaysia menjelang akhir tahun.”

Costa Smart Café direka oleh pereka terkenal Pininfarina untuk memberikan pengalaman kemudahan layan diri yang terbaik, membolehkan setiap pengguna memilih minuman panas atau ais dengan mudah, hanya dengan satu sentuhan butang. Costa Smart Café baru kini boleh didapati di Shell Deli2Go, Petron dan 99 Speedmart terpilih di seluruh negara.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Costa Smart Café baru Costa Coffee, layari laman sosial di bawah dan nantikan untuk lebih maklumat lanjut dari kami:

– Siaran Media oleh Costa Coffee Malaysia –

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.