fbpx

Nikmatnya Daging Bakar Harimau Menangis, Cicah Dengan Sos Thai Pedas. Perghhhh

iCookAsia

Tidak dapat nak dibayangkan bagaimana juicy Daging Bakar Harimau Menangis sewaktu disuakan ke dalam mulut. Bayangkan keenakan bahagian hangus dan berlemak dengan cicahan sos pedas.

Jika tiada bahagian harimau menangis, boleh gunakan daging batang pinang. Namun kena ada sedikit bahagian lemak kerana itu yang akan memberikan jus kepada setiap gigitan.

Bahan perapan :

3 ulas Bawang putih – tumbuk lumat

1 sudu kecil Lada hitam –  tumbuk lumat

4 sudu besar Sos tiram

3 sudu besar Sos ikan

3 sudu besar Kicap manis

3 sudu besar Gula perang

Garam secukup rasa

 

Cara :

  1. Satukan semua bahan dan perap daging semalaman.
  2. Daging boleh dibakar dalam ketuhar ataupun di atas kuali. Namun lebih enak jika boleh dipanggang di atas bara api.
  3. Selepas siap, hiris nipis daging.

Bahan sos:

2 ulas Bawang putih – tumbuk

Cili padi – tumbuk

2 sudu besar Sos tiram

2 sudu besar Sos ikan

Gula perang

Jus limau nipis

Hirisan daun ketumbar & cili api

 

Cara :

  1. Satukan semua bahan dan gaul rata. Perasakan.

Kredit resipi & foto : Norul Azmah

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x