fbpx

Pajeri Terung, Hidangan Yang Mudah Untuk Dibuat Tapi Sangat Sedap!

iCookAsia

Dapat makan Pajeri Terung dengan nasi panas ni memang sedap. Walaupun hidangan ini simple sahaja tapi tidak pada rasanya. Tidak perlu risau, mudah sahaja cara untuk buat resepi ini.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Zam Zilawati perkongsian resipi Pajeri Terung ini 🙂

Bahan-bahan:

5 -6 biji terung mini (dibelah 2)

3 biji bawang merah

4 ulas bawang putih

Suku inci halia

1 sudu besar udang kering

2 tangkai daun kari

3 herba sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih )

1 paket serbuk kari

1 senduk kerisik

Sejemput asam jawa

3 sudu gula

1 sudu garam

Air secukupnya

Minyak menumis secukupnya

Cara membuat:

  1. Pertama sekali, tumbuk kasar bawang merah dan bawang putih. Kalau nak hiris pun boleh.
  2. Panaskan minyak, masukkan bawang yang ditumbuk kasar berserta herba 3 sekawan. Jangan lupa halia yang diketuk sedikit bagi mengeluarkan aroma dan rasanya.
  3. Kemudian, taburi daun kari tanpa tangkainya. Nak masuk sekali tangkai pun boleh tiada masalah.
  4. Masukkan serbuk kari yang telah siap dibancuh dengan air panas. Kacau dan biar seketika sampai pecah minyak.
  5. Sementara itu, rendam udang kering dengan air panas dalam 5 minit sebelum dimasukkan dalam tumisan. Tujuan rendam adalah untuk mengurangkan masin udang. Kalau tak nak rendam, boleh sahaja cuci gencah – gencah dengan air sekejap.
  6. Masukkan kerisik setengah paket dengan anggaran 1 senduk. Kalau lebih takpe tapi jangan kurang.
  7. Seterusnya, masukkan air 2 hingga 3 gelas. Kalau suka kuah banyak, boleh lebihkan air nya.
  8. Masukkan terung yang sudah siap dibelah 2.
  9. Masukkan bancuhan air asam jawa. Boleh guna sejemput sahaja.
  10. Perasakan dengan gula. Boleh letak 3 sudu.
  11. Akhir sekali, boleh letakkan garam sikit dengan anggaran sudu kfc itu sahaja. Masin dari udang kering tadi sudah ada jadi garam hanya sekadar sahaja. Boleh dihidangkan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Zam Zilawati(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x