X

Paling Sedap Kalau Makan Gulai Ikan Tongkol Dengan Nasi Panas Dan Sambal Belacan. Memang Padu!

Siapa di sini suka makan Gulai Ikan Tongkol? Sedap kan? Lagi nikmat jika makan dengan nasi panas dan ada sambal belacan sekali. Memang sangat padu rasanya. Confirm bertambah makan nasi berpinggan-pinggan. Admin jadi terliur tengok hehe.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Tengku RosElyza Raja Muhammad perkongsian resipi ini 🙂

Bahan-bahan:

Bahan A (Untuk Rebus Ikan):

2 ekor ikan tongkol (bersihkan)

3-4 helai daun pandan

Sedikit halia

Sedikit lengkuas

Garam dan gula melaka

Sedikit cuka (Optional-tak letak pun tak apa)

Ganti dengan air je sikit

(Cara dia rebus dengan api yang perlahan)

Bahan B (Untuk Kuah Gulai):

Bawang merah

Bawang putih

Jintan manis

Ketumbar

Serai

(Kisarkan bahan di atas)

Bahan Lain:

1 paket serbuk kari daging

1/2 peket serbuk kerutuk

Sedikit serbuk lada babas

Cili kisar

Garam/gula/kiub ikan

Santan pekat (santan kotak)

Santan segar (1 biji)

Air rebusan ikan

Cara membuat:

  1. Mula-mula, panaskan minyak, tumis bahan kisar tadi sampai naik minyak, naik bau dan kekuningan serta masukkan cili kisar. Tumis sampai pecah minyak.
  2. Kemudian, bancuh rempah kari, kerutuk dan lada.
  3. Tumis sekali dengan bahan lain menggunakan api sederhana sahaja. Masak sampai dia pecah minyak dengan cantik. Masukkan air rebusan ikan.
  4. Tumis lagi sampai dia pecah minyak, masukkan santan segar, santan pekat, kalau tidak pecah minyak memang tak cantik kuah gulainya nanti. Kacau perlahan dengan api sederhana.
  5. Seterusnya, biarkan ia mereneh dalam 15 hingga 30 minit.
  6. Akhir sekali, masukkan ikan rebus tadi. Kacau perlahan dan masak seketika dalam 5 minit. Tutup api.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Tengku RosElyza Raja Muhammad(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Categories: Articles Recipes
iCookAsia:

This website uses cookies.

Read More