fbpx

Parpu Telur Tumis Darat. Sekali Masak Terus Menjadi.

iCookAsia

Resipi ini cukup mudah untuk disediakan dan bahan utamanya ialah kacang parpu atau kacang dal. Untuk kacang dhal, terpulang untuk kisar ataupun rebus begitu sahaja sewaktu dimasak. Kedua-duanya punya keenakan tersendiri.

 

Bahan :

Kacang parpu / Dal

Telur

Ubi kentang

Santan

Garam

Perasa

Daun kari

Bawang besar – kisar

Halia – kisar

Serbuk Kunyit – kisar

Bawang besar – hiris

Bawang putih – hiris

Cili kering – hiris

 

Cara :

  1. Basuh kacang parpu dan rebus sehingga empuk.
  2. Kisar bawang besar, halia dan serbuk kunyit dan masukkan ke dalam rebusan tadi, Rebus sehingga empuk.
  3. Selepas kacang empuk, masukkan ubi kentang.
  4. Biarkan semua bahan serasi dan baru masukkan santan. Gaul rata.
  5. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa jika suka.
  6. Boleh gunakan telur rebus. Jika tidak terus pecahkan telur ke dalam periuk sewaktu kuah mendidih.
  7. Hiris bawang besar, bawang putih dan cili kering dan tumis dalam kuali berasingan. Tumis sehingga kekuningan. Kemudian tuangkan ke dalam periuk yang berisi parpu tadi. Sedia untuk dihidangkan.

Kredit resipi & foto : Masni Bahari

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x