fbpx

PART 1 – Kesalahan Masa Buat Kek Yang Korang Kena Tahu.

iCookAsia


Jika sebelum ini min sudah kongsikan beberapa tips yang korang kena tahu sewaktu membuat kek, kali ini penjelasan lebih terperinci bagaimana seharusnya langkah yang diperlukan sebelum, sewaktu dan selepas membakar kek supaya mendapat hasil yang terbaik.

1. WARNA JADI GELAP

Selalunya ia mengikut perangai ketuhar masing-masing. Ketuhar kecil harus menggunakan suhu rendah kerana ia cepat panas. Jika resipi menggunakan suhu 170C selama 30 hingga 40 minit, oven kecil boleh menggunakan suhu 150C dan lebihkan masa satu jam atau sehingga masak.

Jangan sesekali buka ketuhar untuk periksa sama ada kek sudah masak atau belum. Hanya ketuk pintu oven, jika bahagian tengah kek sudah tidak bergoyang, maknanya kek sudah boleh dikeluarkan.

Dan boleh letakkan baking tray di rak paling atas dan kek diletakkan di bahagian paling bawah. Bakar menggunakan api atas bawah. Baking tray diletakkan untuk mengelakkan permukaan kek menjadi gelap

Contoh, selalunya dalam oven akan ada dua baking tray dan wire rack. Kek dilerakkan atas wire rak di bahagian bawah, manakala baking tray diletakkan di atas sekali.

2. CORAK HILANG KE TENGAH

Salah satu punca corak hilang ke tengah ialah kerana ketuhar terlalu panas. Preheat ketuhar selama tiga hingga lima minit sahaja, tidak perlu lama.

3. CORAK KEMBANG

Corak menjadi kembang kerana adunan tidak gebu elok dan adunan cair. Jadi untuk mengelakkannya, pastilan adunan betul-betul kembang. Untuk tahu jika adunan sudah kembang, angkat mixer dan adunan akan lambat jatuh.

Dan lukisan di atas kek tidak perlu tebal. Lukisan yang tebal jugak boleh menjadi punca corak mengembang.

4. JENIS PEWARNA

Untuk melukis di atas kek, gunakan oil dan water based. Elakkan guna pewarna serbuk kerana kebanyakannya ada rasa pahit. Pilih pewarna terang seperti bright red, apple green, lemon yellow.

5. LUKIS GUNA APA?

Gunakan adunan kek yang sama dan cuma tambahkan pewarna. Masukkan ke dalam piping bag dahulu dan lukis corak. Potong halus di bahagian hujung piping bag jika nak lukis corak yang kecil, barulah corak tidak kembang.

6. KEK MENDAP LEPAS KELUARKAN DARI OVEN

Kek mendap maksudnya kek kurang masak dan kena tambahkan lagi waktu membakar. Kalau bahagian atas sudah garing lepas tambah masa, lain kali nak buat kena adjust suhu lain.

Selalunya saya tidak pakai baking paper sebab mahu bahagian tepi kek garing sikit. Jadi saya hanya sapu marjerin dekat loyang. Selepas keluarkan daripada oven, hentak-hentak sikit terus sisip tepi dan terbalikkan atas redai. Tidak perlu lama, terbalikkan tak perlu sampai 1 minit pun sebab ini kek marble span. Selepas terbalikkan sekejap, terbalikkan permukaan kek ke atas semula.

Akhir sekali, untuk mengelakkan penggunaan pewarna yang banyak, biarkan kek kosong tanpa warna. Biarkan corak atas sahaja yang berwarna.

Sumber : Ainna Rozimi

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x