in , ,

Part 2 – Herba, Bukan Sekadar Rempah Masakan. Hilangkan Nafas Berbau, Kuatkan Hati Dan Ubat Tahan Sakit.

Selalunya penggunaan herba dalam masakan akan menyerlahkan lagi aroma dan keenakan masakan. Dan herba kering selalunya lebih tahan lama jika dibandingkan dengan herba segar.

Jadi kalau korang beli herba segar di pasaraya, hanya letakkan di dalam tempat sejuk beku dan herba boleh bertahan lebih sebulan.

DILL

Herba ini sesuai untuk masakan yang berasaskan ikan. Dan untuk hilangkan nafas berbau, korang kunyah daun dill segar.

OREGANO

Herba ini punya rasa dan aroma yang kuat dan ia sesuai untuk perapan daging. Jika migrain datang, cuba hidu daun oregano kering.

DAUN PUDINA

Cuba minum secawan teh pudina dan ia mampu merawat bau nafas, keluarkan kahak dan kurangkan sakit dada.

DAUN SELASIH

Ia digunakan sebagai penyedap masakan. Herba ini mengandungi antiseptik dan digunakan sebagai ubat tahan sakit. Ia juga mampu hilangkan tekanan dan mampu menguatkan hati.

DAUN KEMANGI

Seakan menyerupai daun selasih kerana datang daripada spesis tumbuhan yang sama, namun daun kemangi punya bau sedikit sitrus. Amalkan makan daun ini untuk awet muda dan ia boleh mengubati luka sengatan serangga dengan cara mengunyah daun ini dan tampalkan pada luka.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0