fbpx

Pau Kukus Inti Kacang Merah. Terlajak Gebu Gebas. Resipi #Ramadan

iCookAsia

Selalunya masalah utama membuat pau, kulitnya akan berkedut sewaktu dikukus. Caranya mudah sahaja, sebelum masukkan pau, pastikan air kukusan betul-betul mendidih dan baru masukkan. Dan cara hentikan kukusan juga memainkan peranan terhadap kecantikan pau.

“Minggu lepas, firstime cuba buat pau kukus inti kacang merah. Alhamdulillah berjaya 😍👌 lembut dan gebu! amik resepi dalam grup ni jugak..tq pemberi resepi. Cuma lepas ni kena beli pengukus yang besar ckit, hehehe..inti kacang merah beli dalam shopee je.”

 

Bahan :

3 sb minyak masak

2 cawan tepung gandum

2 sb mauripan@yis

2  sb susu pekat

1 sudu besar gula

1/2 cawan air suam

Sedikit garam

*Saya masukkan pelembut roti sedikit

 

Cara :

1. Satukan yis, air suam dan gula dalam mangkuk dan kacau. Biarkan dalam 10 minit sehingga berbuih.

2. Dalam mangkuk berlainan, masukkan tepung, susu pekat, garam dan minyak masak. Gaul sebati.

3. Masukkan campuran yis dan uli sehingga menjadi doh. Kemudian bentukkan bulat. Saya dapat 10 biji saiz seperti dalam gambar.

4. Rehatkan doh dan tutup dengan plastik.

5. Leperkan doh dan masukkan inti. Biarkan doh mengembang sekali lagi.

6. Kukus pau selama 10 minit menggunakan api sederhana besar (jangan lebih nanti pau berkedut).

7. Balut penutup kukusan dengan kain.

8. Selepas 10 minit, angkat sekali dengan periuk kukusan dulu, baru buka tudung pengukus untuk mengelakkan pau berkedut.

Sumber : IRah Anje

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x