in , , ,

Pecal Jawa, Enaknya Buat Kudapan Petang. Tapi Wajib Ada Cekur Tau.

Kuah pecah Jawa memang cukup berbeza daripada santapan biasa kuah kacang, keenakannya terletak kepada penggunaan cekur atau kencur dalam cara penyediaan. Namun cara menikmatinya, terpulang kepada korang. Sama ada mahu gandingkan bersama sayuran celur atau mee. Namun tauhu dan tempe wajib kena ada. Barulah mengancam.

 

Bahan Kuah Pecal :

Kacang tanah – sangai dan dibuang kulit & ditumbuk kasar

Cili kering – sangai & ditumbuk

Cekur@kencur (wajib)

Belacan sikit

Asam jawa

Garam

Gula

Air panas secukupnya

 

Cara :

  1. Tumbuk cekur dan belacan dan ketepikan.
  2. Dalam mangkuk lain, masukkan kacang tanah dan cili yang sudah ditumbuk, kemudian masukkan cekur dan belacan tadi.
  3. Perasakan dengan gula dan asam jawa.
  4. Selepas itu, tuang air panas secukupnya.
  5. Tambah garam dan sesuaikan dengan rasa.

 

Bahan Pecal :

Tempe – di goreng

Tauhu – di goreng

Timun – di potong kecil

Taugeh – di celur

Kacang panjang – di celur

Pucuk ubi – di celur

Kredit resipi & foto : Norfadilah Ibrahim

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0