fbpx

Peminat K-Drama Patut Cuba Resepi Kimchi Yang Confirm Kena Dengan Tekak Melayu!

iCookAsia

Buat peminat K-Drama atau K-Pop confirm tahu hidangan sampingan Kimchi ini. Merupakan makanan tradisional bagi orang Korea dan terdapat banyak khasiat dalam Kimchi ini. Buat penggemar sayur pasti akan suka! 

Jom cuba makanan tradisional mereka. Buat sahaja ikut citarasa tekak masing-masing. Boleh lah lepas ni makan feeling-feeling di Korea, hehe.

Terima kasih Roszimah Ismail untuk perkongsian resipi Kimchi ini 🙂

Bahan-bahan:

1 Biji kubis panjang

1 Biji lobak merah (sederhana besar)

1 Biji lobak putih (sederhana besar)

Daun bawang (RM 2)

4 sudu besar paste tepung pulut

6 ulas bawang putih *

1 Biji bawang Holland *

1/2 inci halia*

2 sudu besar cencaluk *

10 sudu besar sos ikan *

3 sudu besar sirap maltose *

3 sudu besar cuka *

½ cawan cili serbuk (kalau nak pedas boleh tambah lagi)

5 sudu besar chili flakes

5 sudu besar bijan (Untuk buat bancuhan paste)

Cara penyediaan:


1. Masukkan air 1 cawan dan 3 sudu tepung pulut kacau sampai larut kemudian masak bila adunan tadi nak pekat masukkan 2 sudu besar gula dan kacau sampai pekat. Adunan ini perlu disejukkan dahulu.


2. Basuh kubis kemudian belah 4 dan potong-potong, masukkan dalam besen yang besar.


3. Masukkan garam dalam 10 sudu kecil kemudian kacau-kacau bagi semua kubis kena garam. Biarkan selama 1 jam. Tapi setiap 15 minit kacau lagi dan ulang proses ini sampai cukup 1 jam.


4. Sementara menunggu kubis layu, boleh potong-potong lobak merah, lobak putih dan daun bawang. Lobak dipotong secara memanjang. Daun bawang potong 1 inci panjang.

5. Kisarkan semua bahan yang bertanda (*).

6. Kemudian basuh kubis sehingga hilang rasa masin.


7. Ambil besen yang besar sedikit dan masukkan paste tepung, bahan kisar, serbuk cili halus, serbuk cili kasar, lobak merah, lobak putih, daun bawang dan kacau sebati. Apabila sudah sebati masukkan kubis dan kacau rata. Akhir sekali, masukkan bijan.


8. Simpan dalam suhu bilik selama 1 malam. Esok baru masuk peti ais.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Roszimah Ismail (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x