in , , ,

Pencicah Thai, Enaknya Makan Dengan Sotong Bakar. Resipi #Ramadan

Tidak lengkap rasanya andai Pencicah Thai ini tiada dalam simpanan di dapur. Cukup enak digandingkan dengan sotong bakar, ikan bakar atau kerang rebus. Siapa penggemar hidangan Thailand mesti suka sos ini kan?

 

“Maaf kepada yg minta resepi untuk PENCICAH THAI, tak sempat nk balas sorang2 😅ni saya kongsikn untuk semua, yg ni sy buat untuk kuantiti yg banyak, senang masuk botol simpan dalam peti ais, nk makan ambik je.”

 

Bahan :

8 ulas Bawang Putih*

Cili – bergantung kepada kepedasan masing-masing*

Akar pakchi / ketumbar*

6-7 biji Jus limau nipis

2 ½ sos ikan

 

Cara :

1. Tumbuk bahan bertanda *

2. Selepas itu perah limau nipis, masukkan sos ikan, perasakan dengan gula dan garam. Gaulkan semua bahan bersama.

3. Jika terlalu pekat, tambah sedikit air suam.

4. Boleh dijadikan pencicah untuk kerang, udang, sotong, ikan dan ayam yang telah direbus atau dibakar.

Sumber : Siti Zubaidah Ibrahim

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0