fbpx

Pencinta Sup Wajib Cuba Resepi Sup Telur Puyuh Goreng Ini. Ratah Saja Pun Sedap Ni

iCookAsia

Telur Puyuh sangat sedap walaupun ia kecil sahaja. Kalau makan rebus sahaja pun dah sedap tau. Nak goreng pun boleh. Dapat telur puyuh fresh dari ladang, memang lagi best. Apa kata cuba resipi ini, lain sikit daripada kebiasaan yang kita makan begitu sahaja.

Jom kita try.

Terima kasih Mishkat Aisyah untuk perkongsian resipi Sup Telur Puyuh Goreng ini 🙂

Bahan-Bahan:

Telur puyuh

Bawang merah

Halia

Cili merah atau cili api (Mengikut citarasa pedas masing-masing)

Kiub pati ayam

Suhun

Air

Minyak untuk goreng

Cara penyediaan:

  1. Pertama sekali, pecahkan telur puyuh dan goreng ia sehingga garing.
  2. Seterusnya, tumis bawang, cili dan halia sehingga layu. Gunakan minyak yang goreng telur tadi.
  3. Masukkan air dan kiub pati ayam. Biarkan ia mendidih.
  4. Kemudian, masukkan telur dan suhun.
  5. Kacau dan jika kurang rasa yang mengancam, masukkan garam dan secukup rasa.

Kalau anda nak lagi menarik dan sedap, boleh tambah fish cake atau sayuran seperti brokoli, carrot, kobis atau daun bawang.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Mishkat Aisyah(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x