fbpx

Pencuci Mulut, Fruity Pastry Cake. Kek Buah Yang Menyegarkan.

iCookAsia

 

Musim PKP ini, pelbagai resepi Kek anda sudah buat. Tetapi, pernahkah anda cuba resepi Kek Buah yang menyegarkan ini? Jom kita kongsi semula cara membuat Kek Buah atau Fruit Pastry Cake daripada Chef Sue bersama ADELA. Selamat mencuba!

Fruity Pastry Cake ADELA

Bahan-Bahan:⁣
80gram ADELA⁣ Margarine
150gram tepung gandum⁣
110gram gula kastor⁣
50gram yogurt asli ⁣
2 biji telur – gred A⁣
1 sudu teh baking powder⁣
1 sudu teh esen vanilla⁣
1 sudu teh parutan kulit lemon/oren (dari sebiji lemon/oren)⁣
Buan-buahan – strawberry/peach/blueberry (hiris & toskan)⁣
Gula aising – untuk hiasan⁣

Cara Membuat:⁣
⁣1. Pukul ADELA Margarine bersama gula dan yogurt hingga kembang dan ringan.⁣
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi hingga kembang.⁣
3. Masukkan esen vanilla dan parutan lemon/oren. Kacau lagi adunan.⁣
4. Masukkan tepung, kaup-balikkan rata.⁣
5. Tuang adunan ke dalam acuan pilihan yang telah disapu Marjerin ADELA dan dialas dengan kertas parchment.⁣
6. Satukan buah-buahan yang telah dihiris dan ditapis tadi lalu tabur sedikit gula.⁣
7. Susun buah-buahan yang telah dihiris ke atas adunan mengikut citarasa.⁣
8. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 35-45 minit atau hingga kek masak. Sejukkan dan hias mengikut citarasa (tabur gula aising diatasnya).⁣

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x