in ,

Penggunaan Jenis Bawang Yang Berbeza Dan Harus Diketahui Semua Dalam Setiap Masakan

Memang terdapat banyak jenis bawang yang ada dalam dunia masakan seperti bawang holland dan bawang merah. Mesti ramai yang tertanya, adakah penggunaan setiap bawang berbeza dalam masakan kan?

Jadi, hari ini Admin nak berkongsi dengan anda semua mengenai tiga jenis bawang dan perbezaaannya dalam masakan. 

1.Bawang Kuning Atau Bawang Besar Holland

Kredit : Jessica Gavin(Website)

Untuk pengetahuan anda semua, bawang holland ini digunakan untuk memberi rasa yang sedap kepada sup, masakan daging, tumisan yang menggunakan api yang tinggi atau saute dan stew. Jika dalam resepi menyatakan ada penggunaan bawang, selalunya paling selamat adalah dengan menggunakan bawang kuning ini. Bukan itu sahaja, bawang ini memberikan imbangan rasanya yang sedap dan lebih manis daripada yang lain.

 2.Bawang Merah

Kredit : Jessica Gavin(Website)

Dalam masakan melayu, kita banyak menggunakan bawang merah. Tetapi selalunya bawang ini  boleh dimakan begitu sahaja seperti untuk penyediaan salad atau sandwiches. Bawang merah mempunyai kulit yang berwarna ungu merah dan di antara kebanyakan bawang, ia mempunyai rasa yang paling lembut dan manis.

 3.Bawang Merah Kecil Atau Shallot

Kredit : Jessica Gavin(Website)

Untuk bawang merah kecil ini, ia selalunya digunakan sebagai bawang goreng untuk hiasan soto, sup atau nasi goreng. Ia mempunyai saiz yang lebih kecil dan berbentuk bujur berbanding bawang merah. Ia mempunyai rasa yang lebih lembut dari bawang merah.

Kesimpulannya, setiap jenis bawang mempunyai penggunaan yang berbeza dalam setiap jenis masakan yang ingin dicuba. Bukan itu sahaja, ilmu ini sangat berguna kepada semua kerana ianya dapat menghasilkan rasa yang lazat kepada hidangan yang disediakan.

Kredit informasi :  Kerepek Bawang Dinda(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.