in ,

Peria Goreng Crispy / Rangup. Sagat Halus Dan Rendam Dahulu Untuk Kurangkan Pahit. Baru Sedap Untuk Dimakan.

Peria goreng antara hidangan snack yang pada sesetengah orang ianya begitu sedap. Tetapi, apa juga yang kurang gemar disebabkan rasa pahit pada Peria ini masih ada walaupun ianya telah digoreng. 

Disini, Admin kongsikan resipi Peria Goreng daripada seorang pengguna Facebook ini dimana beliau juga kongsikan cara betul untuk buat supaya snack ini bertambah sedap dan juga tips bagaimana untuk buat Peria Goreng kurang pahit. 

Terima kasih CT Liz untuk perkongsian resipi Peria Goreng Rangup ini 🙂

Bahan-bahan:

Peria

Tepung bestari atau tepung beras

Garam dan kunyit (jika perlu)

Cara membuat:

  1. Peria disagat halus dan rendam dalam air dan sedikit garam. Ini adalah untuk kurangkan pahit. Jika suka pahit, boleh abaikan langkah pertama ini.
  2. Tapis peria hingga kering air.
  3. Salutkan dengan tepung bestari. Kalau guna tepung ini tak perlu letak garam dah, sebab dah masin. Kalau guna tepung beras kena letak sedikit garam dan kunyit. Masukkan dalam tupperware. Kemudian, tutup dan goncang. Semua akan bersalut elok.
  4. Goreng dalam minyak yang panas. Goreng hingga perang. Dan angkat dan toskan minyak.
  5. Tunggu sejuk, dan barulah simpan dalam bekas kedap udara.

*Peria mesti di sagat, kalau hiris nanti tebal dan rangup yang tak tahan lama.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: CT Liz (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0