in , , ,

Persediaan Cegah Covid-19 Petua Masyarakat India, Gunakan Rempah Ratus Bagi Tingkat Imunisasi Badan

Biarpun sehingga kini vaksin bagi virus Covid-19 belum ditemui dan bilangan kematian terus meningkat, tidak salah mencuba pelbagai petua sebagai alternatif.

Menurut Vanistry Kavitha, masyarakat India menggunakan rempah ratus sebagai persediaan untuk mencegah virus maut ini. Jelasnya, mereka mengamalkan Rasam selang dua hari bagi meningkatkan imunisasi badan.

Dalam menangani  masalah Covid 19,ini adalah Salah satu Persedian orang orang India dalam mencegah virus Corona…..so kita sama sama buat Rasam selang 2 hari …saya dah sedia resepi secara terpererinci….bahan bahan semua murah dan senang dapat.

Bahan – digiling dengan sedikit air

4 sudu Biji ketumbar

3 sudu Lada hitam

4 sudu Jintan Putih

4 sudu Jintan kecil

Bawang Putih dengan kulitnya sekali

Bawang Merah  kecil dengan kulitnya sekali

2 inci Halia 2

1 biji tomato

Bahan Tumis :

1 sudu biji sawi

5 tangkai cili kering

Sedikit daun Kari

1 biji tomato

Bawang

Untuk Tumis saya Guna Minyak Kelapa Dara ya untuk sistem imunisasi.

Cara :

1.Panaskan minyak

2.Masukkan biji sawi

3.Masukkan bahan tumis seperti bawang yang dihiris, tomato, daun kari dan cili kering

4.Masukkan 1 sudu serbuk kunyit.

5.Selepas itu masukkan bahan giling dan tumis selama 2 minit. Masukkan air seperti mana yang dikehendaki.

6.Biarkan mendidih dan baru masukkan garam dan air asam jawa.

7 Akhir sekali tutup api dan masukkan daun ketumbar. Jangan biarkan mendidih terlalu lama ya. Boleh makan dengan sambal ikan ya, sedap.

Sumber : Vanistry Kavitha

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0