in , , ,

PHỞ BÒ VIETNAM / Hủ Tiếu Bó. Sup Daging Lembu Vietnam. Ini Cara Dapatkan Sup Jernih.

Siapa pernah cuba PHỞ BÒ VIETNAM / Hủ Tiếu Bó atau orang kita panggil Sup Daging Lembu Vietnam. Sup yang jernih tapi penuh rasa dipadankan dengan kueteaw. Makan pula dengan bahan tambahan seperti perahan limau, cili potong, sos taucu dan ketumbar. Marvelous habis.

Kalau korang cuba nak tukar selera dan rasa sup negara lain, cuba resipi ini. Memang puas hati.

 

Bahan :

Daging lembu (beli yang segar)

Tulang (beli yang segar)

Ekor (tambahan)

Bebola daging (tambahan)

 

Bahan bakar :

Lengkuas

Halia

Bawang merah

Bawang putih

Akar ketumbar

 

Bahan tumis :

Kulit kayu manis (3 sekawan tambahan )

Bawang putih – hiris

Bawang merah – hiris

Biji lada hitam (tambahan)

Daun kari (tambahan)

 

Sayur – ikut citarasa masing-masing

Lobak merah

Lobak putih

Bawang merah

 

Bahan makan bersama sup :

Kueteaw Vietnam/Kueteaw Thai

Daun kucai

Daun ketumbar

Taugeh

Thai basil

Ngo gai daun ketumbar jawa

Limau nipis atau kasturi

Cili cincang

Sos cili

Sos taucu kisar

Lada hitam

 

Cara :

  1. Rebus tulang, daging ketul besar dan ekor dalam air mendidih dalam 3 hingga 5 minit. Kemudian buang air rebusan dan cuci bahan yang direbus. Penuhkan periuk dengan air sehingga daging tenggelam. Boleh juga rebus tulang dan ekor dahulu dan baru masukkan ketulan daging.
  2. Rebus semua sehingga mendidih dan masukkan bahan bakar, garam, gula, sos ikan dan rebus sehingga daging empuk.
  3. Kemudian keluarkan daging dan teruskan rebus tulang dan ekor sehingga empuk. Jangan lupa tambah air setiap kali air hampir kering.
  4. Masukkan bahan tumis. Perasakan dengan garam atau gula atau ajinamoto.
  5. Masukkan lobak merah, lobak putih dan bawang merah.
  6. Untuk mendapatkan air sup yang jernih, cuci daging dengan air panas banyak kali dan baru masukkan bahan tumis pada akhir langkah.

Kredit resipi & foto : May Vo Dyakonov

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0