in ,

Pisang Nangka Orang Sangkut Dekat Pagar? Resipi Puding Pisang Kastard Ini Mampu Tawan Hati Anda.

Siapa sangka, anda boleh gandingkan pisang bersama sos kastard. Buat sebagai puding, hidangan ini sangat sedap dijadikan sebagai pemanis mulut. Lebih-lebih lagi untuk minum petang bersama keluarga. Betul tak?

Terima kasih Nolia Adam untuk perkongsian resipi Puding Pisang Kastard ini 😀

Bahan Pisang Butter:

5 biji pisang nangka
3 sudu besar butter

Cara Membuat:
1. Cairkan butter.
2. Masukkan pisang nangka.
3. Balik-balikkan pisang sehingga kuning keemasan.
4. Kemudian, sejukkan.

Bahan Lain:
Ceri Merah
Ceri Hijau
Kismis

Bahan Sos Kastard:
1 tin susu cair
1 cawan air
3 sudu besar tepung kastard
3 sudu besar gula pasir
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh esen vanilla

Cara Membuat:
1. Satukan ke semua bahan dan gaul hingga sebati.
2. Pasti kan anda masak sehingga mendidih.
3. Dengan menggunakan api perlahan, sentiasa kacau sos sehingga pekat.
4. Seterusnya, sejuk kan dan tuang ke atas pisang tadi. Kemudian tabur kismis dan ceri.
5. Puding Pisang Kastard siap untuk dihidang!

Mudah kan? Anda jangan lupa untuk try masak di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: mascoteknoliaadam (Instagram)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0