fbpx

Popia Basah Warisan Bonda. Sos Luar Biasa Enaknya Namun Resipi Cukup Simple. Makan Sekali Memang Tak Puas. Resipi #Ramadan

iCookAsia

Selalunya resipi asas popia memang tidak akan lari daripada rata-rata yang dikongsi, namun apa yang membezakannya adalah sos sapuannya. Resipi sos kali ini cukup mudah kerana tidak menggunakan sos tiram, namun rasanya lebih umph.

“POPIA BASAH WARISAN BONDA

Ada yang kabo, dah makan sampai teringat ingat. Ayoyoyo. Ampun kan MakManeh. Tak de letak jampi pelaris. Buat dengan penuh keikhlasan hati. Cheewahhh!

Ekceli, popia ni biasher biasher. Sos dia tu jer kena bagi jadi luar biasa. MakManeh buat sos ni tak der guna sos tiram meniram tu tau. Bahan dia simple mimple tapi sodappp!

Maaf dipinta kalau ada yang tak dapat merasa. Nanti Makmaneh sharekan resepinye. Resepi ni memang dari dapur warisan bonda. Disebabkan tekak ni memang dah serasi air tangan mak bonda, kena lah makmaneh menurun ilmu nye. Sape yang nak cuba buat tu meh menurun resepinye ni meh.”

 

Bahan Kulit :

500g Tepung gandum

1 biji putih telur

1 sudu makan minyak masak

Garam

 

Cara :

1. Bancuh macam nak buat jejemput. Jangan cair sebab nanti jadi lempeng.

2. Rujuk gambar.

3. Perap sekurang-kurangnya dua jam.

4. Gunakan kuali non stick. Oleskan adunan di kuali. Jaga tangan, takut melecur.

https://www.facebook.com/lia.ibrahim/videos/pcb.2777833472539951/10217982297898875/?type=3&theater&ifg=1

 

Bahan Inti :

Sengkuang*

Lobak merah*

Timun*

1 keping Tauhu lembut di ramas

3-5 ulas bawang putih

1 sudu atau ikut suka la nak banyak mana lada sulah

1 sb udang kering. (Nak tukar ikan bilis pun boleh)

 

Cara :

1. Sagat bahan bertanda *.

2. Tumbuk bawang putih dengan udang kering.

3. Tumis bawang putih dengan udang kering yang ditumbuk.

4. Masukkan tauhu. Nak masukkan telur boleh juga sebijik.

5. Dah nampak kering, masukkan bahan inti yang dah di sagat tadi.

6. Masak hingga nampak layu skit.

7. Perasakan dengan garam.

 

Bahan Sos :

300 gm Cili kering

Kismis/kurma

Gula

Garam

 

Cara :

1. Semua bahan untuk buat sos ni semua main agak agak. Tiada sukatan tau.

2. Cili kering dibuang biji, rebus dan kisar. Masa kisar, masukkan dalam segengam kismis. Lepas tu renihkan hingga airnya kering.

3. Bila cili dah kering air, masukkan gula. Agak banyak lebih setengah kilo sehingga sos jadi merah hitam.

4. Masak sos sehingga pekat melekat dan berkilat. Kena selalu kacau. Selepas likat masukkan garam. Sos kena ada rasa manis dan masin.

 

Cara Gulung :

1. Sapu sos agak agak, jangan terlalu sikit nanti tak sedap. Tabur kacang, letak inti letak bawang goreng. Gulung la.

Sumber : Lia Yob Ibrahim

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x