fbpx

Popia Basah

iCookAsia

Bahan-bahan untuk sos:

100 gm sos manis100gm sos cili2 sudu besar airgaram dan lada sulah secukup rasa

Bahan untuk popiah basah:

10 keping kulit popiah300gm kobis, dihiris nipis1 sudu besar serbuk kiub ayam¼ sudu kecil gula¼ sudu kecil lada sulah100gm lobak merah, dihiris nipis2 cawan air100gm sengkuang1 cawan air tepung ubi

Cara membuatnya:

  1. Mula-mula, sediakan sosnya. Campurkan sos manis, sos cili, air, garam dan lada sulah ke dalam periuk. Masak hingga mendidih dan ketepikan dahulu
  2. Untuk menyediakan intinya, didihkan  air bersama serbuk kiub ayam, lada sulah dan sedikit gula di dalam periuk. Kacau sebentar.
  3. Kemudian masukkan kobis, lobak dan sengkuang. Masak selama 8 minit atau sehingga sayur lembut. Angkat dan toskan sebentar.
  4. Ambil sekeping kulit popia, sapukan sedikit sos dan letakkan dua sudu kecil sayuran tadi di atasnya. Gulung dan sapukan sedikit air tepung ubi pada bahagian hujungnya untuk melekatkan kulit popiah dan mengelakkannya terbuka.  Pastikan tangan kering semasa menggulung popiah bagi mengelakkan ia terkoyak.
  5. Popiah basah sedia untuk dihidang.
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x