fbpx

Popia Carbonara Marvellous, Resipi Paling Simple Tapi Sekali Jual Terus Sold Out!

iCookAsia

Di kala ramai yang kehilangan kerja akibat pandemik yang melanda dunia, mungkin masih ramai yang termanggu tidak punya idea bagaimana mahu menyara kehidupan kan? Banyak resipi dan idea boleh dijana untuk membuat keuntungan sebenarnya, dan popia carbonara merupakan salah satu daripadanya. Tidak salah mencuba sesuatu yang diluar kepakaran kita, apa yang penting usaha dan tawakal, rezeki semuanya daripada Allah SWT.

Menurut perkongsian Siti Murni Binti Othman, ini merupakan sumber pendapatannya dan keuntungan yang diperoleh mampu mencecah empat kali ganda daripada modal yang dikeluarkan. Selalunya pelanggan akan membeli popia frozen ataupun yang telah siap digoreng. Dan dia turut menasihati agar tidak membubuh lobak atau bahan yang jenis sayuran kerana akan cepat basi.

Untuk mengelakkan popia hancur dan pecah sewaktu menggoreng, jangan letakkan terlalu banyak kuah dan isi, dan disarankan menggunakan kulit popia yang berkualiti.

 

Cara :

1. Panaskan minyak dan goreng hirisan isi ayam yang telah dipotong dadu. Biarkan masak.

2. Selepas isi ayam masak, masukkan bahan-bahan yang disukai, contohnya cendawan dalam tin dan sosej yang dipotong dadu kecil-kecil. Masukkan sedikit air supaya kuahnya tidak terlalu pekat.

3. Masukkan sos carbonara atau keju, cendawan atau ayam, janji kuah krim berlemak.

4. Gaulkan semua bahan sebati dan dimasak dengan api sederhana kecil.

5. Letakkan perasa yang disukai, jangan terlalu masin atau tawar.

6. Biarkan mendidih dan matikan api. Biarkan sebentar di dalam kuali.

7. Masukkan ke dalam bekas dan sediakan sudu.

8. Sediakan kulit popia, jangan pilih yang terlalu murah. Kalau murah sangat, selalunya kulit popia jenis berminyak dan nipis. Gam bucu atas kulit popia dengan telur. Ada yang gunakan campuran air dan tepung, terpulang.

9. Letakkan inti menggunakan sudu, jangan terlalu banyak, nanti muak. Namun pastikan kuah carbonara ada, jangan kering sangat.

10. Gulung bucu bawang ke atas dua kali, baru lipat bucu kanan, kiri, bawah dan ke tengah.

11. Gulung jadi bulat perlahan-lahan. Gamkan bucu atas dengan telur.

12. Susun dan alaskan setiap bahagian dengan alas yang sesuai.

Kredit resipi & foto : Siti Murni Binti Othman

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x